Categories
Tips Hartanah Tips Kewangan

Nak Bayar Hutang Cepat? Gunakan Teknik Snowball!

Apakah itu Teknik Snowball? Berkesankah Bayar Hutang Dengan Teknik Snowball?

Teknik snowball adalah satu kaedah untuk selesaikan hutang bermula dari jumlah hutang paling sedikit sehingga jumlah hutang paling besar. Strategi ini berkesan kepada anda sekiranya anda mempunyai disiplin yang tinggi dan ingin bayar kesemua hutang dalam masa singkat.

Untuk membayar hutang anda dengan teknik snowball, berikut adalah langkah yang perlu diambil;

  1. Senaraikan jumlah hutang dan susun hutang dari jumlah paling kecil sehingga jumlah paling besar.
  2. Tentukan berapa jumlah maksimum yang anda sanggup keluarkan dari gaji anda untuk membayar kesemua hutang-hutang anda.
  3. Buat kiraan berapa jumlah duit yang boleh anda tambah bersama-sama dengan ansuran bulanan untuk hutang dengan nilai paling kecil.
  4. Apabila anda sudah bayar kesemua hutang paling kecil, tambahkan jumlah bayaran hutang paling kecil tadi bersama-sama dengan bayaran minimum untuk hutang kedua.
  5. Bayar hutang kedua sehingga habis.
  6. Ulangi langkah ini sehingga anda berjaya selesaikan semua hutang.

 

Panduan & Contoh Penyelesaian Hutang Menggunakan Teknik Snowball:

Sebagai contoh, Aidil mempunyai 3 jenis hutang jahat yang ingin diselesaikan dalam masa cepat. Berikut adalah hutang-hutang encik Aidil (disusun dari jumlah kecil sehingga jumlah paling besar);

Kad kredit Visa – baki RM 1000 – minimum RM 50 sebulan

Pinjaman peribadi – baki RM 10,000 – minimum RM300 sebulan

Hutang kereta – RM 15,000 – minimum RM 600 sebulan

Aidil ada duit lebih sebanyak RM 500 sebulan untuk membayar balik hutang sedia ada.

 

Langkah 1: Bayar & Selesaikan Hutang Kad Kredit

Bayar Hutang Seperti Biasa. Namun Untuk Hutang dengan Ansuran Paling Kecil (Kad Kredit), Buat Lebihan Bayaran Menggunakan Wang Lebihan Yang Ada (RM 500).

Jumlah Bayaran Ansuran Kad Kredit Pada Waktu Ini Adalah Sebanyak RM 550 sebulan. 

Kad kredit – baki RM 1000 – minimum RM 50 sebulan + RM 500 Duit tambahan

Pinjaman peribadi – baki RM 10,000 – minimum RM300 sebulan

Hutang kereta – RM 15,000 – minimum RM 600 sebulan

 

Dalam Masa 3 Bulan, Hutang Kad Kredit Telah Selesai Dibayar. Baki Hutang Yang Baru Adalah;

Pinjaman peribadi – baki RM 9,400 – minimum RM300 sebulan

Hutang kereta – RM 13,800 – minimum RM 600 sebulan

 

Langkah 2: Bayar & Selesaikan Hutang Pinjaman Peribadi

Bayar Hutang Seperti Biasa. Namun Untuk Hutang dengan Ansuran Paling Kecil (Pinjaman Peribadi), Aidil Gunakan Jumlah Duit Yang Digunakan Untuk Membayar Hutang Kad Kredit (RM 550) Dicampur Dengan Bayaran Minimum Pinjaman Peribadi (RM 300) Untuk Membayar Baki Hutang Pinjaman Peribadi.

Jumlah Bayaran Ansuran Pinjaman Peribadi Pada Waktu Ini Adalah Sebanyak RM 850 sebulan.

Pinjaman peribadi – baki RM 9,400 – minimum RM300 sebulan + RM 550 duit tambahan.

Hutang kereta – RM 13,800 – minimum RM 600 sebulan

 

Langkah Terakhir: Selesaikan Hutang Kereta

Dalam Masa 11 Bulan, Hutang Pinjaman Peribadi Akan Selesai Dan Tinggal Hutang Kereta Berbaki RM 7200.

Pada Masa Ini, Aidil Akan Menggunakan Jumlah Duit Yang Digunakan Untuk Bayar Hutang Pinjaman Peribadi Sebanyak RM 850 sebulan Dicampur Dengan Bayaran Minimum Kereta Sebanyak RM 600 Sebulan Untuk Membayar Ansuran Hutang Kereta.

Jumlah Bayaran Ansuran Pinjaman Peribadi Pada Waktu Ini Adalah Sebanyak RM 1450 sebulan.

Hutang kereta – RM 7,200 – minimum RM 600 sebulan + RM 850

Hutang selesai selepas 5 bulan.

 

Secara Kesimpulannya, Aidil Telah Menyelesaikan Semua Hutang Dalam Masa 18 Bulan Dan Beliau Boleh Menyusun Semula Strategi Kewangan Beliau. Menarik Bukan Teknik Snowball?

The post Nak Bayar Hutang Cepat? Gunakan Teknik Snowball! appeared first on Hartanah Viral.

Artikel asal Nak Bayar Hutang Cepat? Gunakan Teknik Snowball! telah ditulis oleh Aidilfitri di Hartanah Viral.

Categories
Tips Hartanah Tips Kewangan

Panduan Semak Penyata KWSP Secara Online 2020

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja adalah suatu tabung simpanan yang dilancarkan pada tahun 1991 oleh Kerajaan Malaysia untuk kegunaan pekerja-pekerja Malaysia pada hari tua atau selepas mereka pencen. Caruman KWSP dibayar secara bulanan dengan kaedah potongan gaji dan juga sumbangan dari syarikat. Anda boleh dapatkan penyata KWSP secara terus dari kiosk atau menara KWSP atau secara online.

Jumlah caruman dari pekerja adalah sebanyak 11% dari keseluruhan gaji mereka manakala sumbangan dari majikan adalah sebanyak 13% dari keseluruhan gaji pekerja. Namun begitu, ada juga kes di mana dalam slip gaji pekerja ada potongan untuk caruman KWSP, namun apabila penyata KWSP disemak, tiada caruman dibuat oleh pihak syarikat!

Untuk mengatasi masalah ini, solusinya adalah anda kena selalu semak penyata anda dan pastikan syarikat betul-betul mencarum KWSP anda. Oleh itu, dalam artikel hari ini, saya akan ajar anda untuk daftar dan semak penyata KWSP anda secara online. Ikuti langkah-langkah yang saya terangkan di bawah.

 

Langkah 1: Dapatkan ID Beserta Kata Laluan Sementara

Untuk dapatkan ID beserta kata laluan sementara, hubungi KWSP di talian 03-89226000. Selain itu, anda juga boleh pergi ke mana-mana kiosk KWSP yang ada di bank-bank untuk dapatkan ID & kata laluan sementara.
Kemudian, buat pengesahan akaun KWSP anda.

 

Langkah 2: Buat Pengaktifan KWSP i-Akaun

Setelah akaun KWSP anda disahkan, anda akan terima butiran ID pengguna anda dan kata laluan sementara melalui SMS.

Aktifkan i-Akaun anda di laman web KWSP menggunakan butiran yang dihantar tadi. Ikuti langkah-langkah di bawah;

kwsp

kwsp

 

  • Isikan ID sementara anda kemudian tekan Next.
  • Ini adalah paparan utama untuk anda login ke i-Akaun anda sekiranya anda ingin semak penyata KWSP pada masa akan datang.

kwsp

 

  • Isikan kata laluan sementara anda kemudian klik butang Login.

kwsp

 

  • Baca terma dan syarat yang dinyatakan. Selepas itu. tekan butang Accept dan Next.

kwsp

 

  • Setelah itu, anda perlu ubah ID KWSP i-Akaun anda kepada ID yang anda mudah ingat. Perlu saya ingatkan bahawa perubahan ID ini hanya boleh dibuat sekali sahaja!
    • ID anda wajib mempunyai abjad, nombor atau gabungan kedua-duanya, dengan panjang antara 8-16 karater.
  • Ubah kata laluan kepada kata laluan yang anda mudah ingat.
    • Kata laluan anda mesti mempunyai gabungan abjad, nombor dan symbol dengan panjang antara 8 – 20 karakter.
  • Pilih imej sekuriti. Pilih imej yang anda mudah ingat.
  • Akhir sekali, masukkan frasa rahsia. Pastikan anda ingat frasa rahsia ni! Saranan saya simpan frasa rahsia dekat mana-mana tempat yang mudah anda nak akses pada masa akan datang.

kwsp

 

  • Apabila selesai, laman web i-Akaun akan menunjukkan notis pendaftaran anda telah berjaya. Anda boleh terus login ke i-Akaun anda dan muat turun penyata KWSP.

Dengan ini maka selesai pendaftaran KWSP i-Akaun anda. Pesanan dari saya, pastikan anda buat pendaftaran i-Akaun anda 30 hari dari tarikh anda menerima ID dan kata laluan sementara.

 

Langkah 3: Muat Turun Penyata KWSP Melalui Laman Web Utama

  1. Untuk muat turun penyata anda, login ke akaun i-Akaun anda.
  2. Klik pada MY ACCOUNT
  3. Skroll ke bawah dan klik pada PRINT/DOWNLOAD STATEMENT

Anda boleh rujuk video di bawah dari myrujukan.com untuk panduan muat turun penyata KWSP dari laman web utama.

 

Langkah 4: Semak Penyata KWSP Dengan Aplikasi Android/Apple.

Anda boleh rujuk video di bawah dari myrujukan.com untuk panduan semak penyata KWSP anda dengan aplikasi di telefon Android atau Apple.

 

Kemudahan Lain Dalam i-Akaun

Selain dari itu, melalui i-Akaun, anda juga boleh;

  • Membuat permohonan pengeluaran untuk membeli rumah dan lain-lain.
  • Menyemak status permohonan pengeluaran.
  • Mendapatkan info ekstra tentang nomination.
  • Membuat anggaran jumlah wang yang boleh dikeluarkan dari akaun anda.

The post Panduan Semak Penyata KWSP Secara Online 2020 appeared first on Hartanah Viral.

Artikel asal Panduan Semak Penyata KWSP Secara Online 2020 telah ditulis oleh Aidilfitri di Hartanah Viral.

Categories
Tips Hartanah Tips Kewangan

Balance Transfer: Solusi Kepada Hutang Kad Kredit Anda!

balance transfer

 

Apa Itu Balance Transfer?

Balance transfer adalah satu kaedah memindahkan hutang kad kredit anda dari satu bank ke bank lain. Ia bermaksud bank baru membeli hutang anda dari bank yang anda berhutang sekarang dan bank baru menawarkan kadar faedah tahunan yang lebih rendah atau tiada kadar faedah yang dikenakan.

balance transfer

 

Kenapa Perlu Buat Balance Transfer?

Kerana kadar faedah yang diperkenalkan adalah lebih rendah! Kadar faedah kredit kad yang biasa dicaj oleh pengeluar kad kredit adalah sebanyak 18% setahun atau 1.5% sebulan. Sebelum memilih tawaran balance transfer, pastikan anda menyemak;

  • Interest tahunan/bulanan (untuk amaun dipindahkan)
  • Upfront fee (untuk amaun dipindahkan)
  • Annual Fee (bagi kad kredit yang dipilih)
  • Exit fee / penalti (jika nak buat early settlement sebelum habis tempoh)

Terdapat pelbagai tawaran yang ditawarkan oleh pengeluar kad kredit. Ada sesetengah pengeluar kad kredit tidak mengenakan sebarang kadar faedah namun mengenakan caj sebanyak 3% dari baki hutang kredit kad sebagai upfront fee.

Selain dari upfront fee, ada sesetengah pengeluar kad kredit mengenakan annual fee minimum sebanyak RM 50 dan kebiasannya kita akan mendapat dua kad iaitu kad kredit versi mastercard dan kad kredit versi Visa. Jumlah annual fee untuk dua kad sahaja sudah mencecah RM 100.

Exit fee juga akan dikenakan sekiranya kita membuat bayaran penuh awal dari tempoh yang telah dipersetujui antara kita dan pengeluar kad kredit.

Untuk balance transfer, kontrak tempoh pembayaran yang diperkenalkan biasanya adalah selama 3 bulan, 6 bulan, 9 bulan, 12 bulan, 24 bulan atau 36 bulan bergantung pada pilihan anda.

Pengeluar kad kredit juga menetapkan amaun minimum hutang kad kredit yang layak untuk balance transfer. Kebiasaannya amaun minium adalah sebanyak RM 1000.

 

Proses Permohonan

  1. Mohon kad kredit di pengeluar kad kredit pilihan anda.
  2. Setelah dapat kad kredit, mohon Balance Transfer. Anda boleh rujuk kepada staf syarikat pengeluar kad kredit sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan.
  3. Beberapa dokumen untuk permohonan balance transfer diperlukan dan secara amnya pengeluar kad kredit memerlukan;
    1. Salinan kad pengenalan
    2. Penyata hutang kad kredit
  4. Kemudian, tunggu pengeluar kad kredit hubungi anda.

balance transfer

 

Penjimatan Hutang Dengan Balance Transfer

Berapa penjimatan hutang yang anda dapat apabila membuat balance transfer? Jom kita lihat situasi di bawah;

 

Situasi 1: Bayar Ansuran Hutang Kad Kredit Pada Kadar Minimum

Aidil mempunyai kad kredit dengan hutang tertunggak sebanyak RM 10,000 dengan kadar 18% setahun. Sekiranya Aidil membayar ansuran hutang kad kredit dengan jumlah minimum, iaitu 5% dari baki hutang atau sebanyak RM 500 sebulan.

balance transfer

Aidil akan mengambil masa 89 bulan (7 tahun 5 bulan) untuk melangsaikan semua hutang (rujuk gambar di atas).

  • Annual fee untuk 2 kredit kad bagi tempoh 8 tahun: RM 50 x 2 kad (Visa & Mastercard) x 8 tahun = RM 800
  • Faedah: RM 4056
  • Jumlah bayaran termasuk faedah : RM 16,026
  • Jumlah keseluruhan: RM RM 16,026 + RM 800 = RM 16,826

 

Situasi 2: Bayar Ansuran Hutang Kad Kredit Dengan Balance Transfer

Aidil mempunyai kad kredit dengan hutang tertunggak sebanyak RM 10,000 dengan kadar 18% setahun dari pengeluar kad kredit A. Beliau kemudian membuat balance transfer ke pengeluar kad kredit B dengan syarat-syarat berikut;

3% Upfront Fee dikenakan ketika pendaftaran dan dicampur dengan baki hutang kredit kad. Jumlah upfront fee adalah sebanyak RM 300.

Ketika ini, baki hutang yang perlu dibayar adalah sebanyak RM 10,300.

Pengeluar kad kredit memberi tawaran sekiranya kesemua baki hutang dilangsaikan dalam masa 12 bulan, tiada kadar faedah yang dikenakan.

Untuk 12 bulan pertama, ansuran bulanan yang perlu dibayar adalah sebanyak;

RM 10,300/12 bulan = RM 858.40

Annual fee juga dikenakan pada kad kredit Master Card dan Visa baru pada kadar RM50 setahun bagi satu kad. Jumlah yang bayaran adalah sebanyak RM 100 dan perlu dibayar terus semasa memohon kredit kad baru.

Secara kesimpulan, hutang keseluruhan Aidil dengan pengeluar kad kredit baru adalah sebanyak RM 10,400 ringgit (RM 10,300 + RM 100) dan ansuran bulanan yang perlu dibayar adalah sebanyak RM 858.30.

Aidil telah jimat sebanyak;
RM 16,826 – RM 10,400 = RM 6,426

 

Menarik Bukan?

The post Balance Transfer: Solusi Kepada Hutang Kad Kredit Anda! appeared first on Hartanah Viral.

Artikel asal Balance Transfer: Solusi Kepada Hutang Kad Kredit Anda! telah ditulis oleh Aidilfitri di Hartanah Viral.

Categories
Tips Hartanah Tips Kewangan

Baca Artikel Ni Kalau Anda Nak Guna Kad Kredit!

Apa Itu Kad Kredit?

kad kredit hong leong bank

Kad kredit adalah sejenis kad yang boleh digunakan untuk membuat bayaran tanpa tunai. Kad ini boleh dimohon di institusi kewangan seperti bank. Terdapat pelbagai jenis kad kredit yang disediakan bergantung kepada keperluan anda.

Apabila anda membayar menggunakan kad kredit, pihak bank mendahulukan wang mereka terdahulu untuk pembayaran tersebut dan kemudian mereka akan menghantar penyata penggunaan kepada anda setiap bulan.

 

Proses Permohonan

Apabila anda memohon kad kredit di institusi perbankan, anda wajib menyemak terma dan syarat yang dikenakan supaya tidak memudaratkan anda apabila menggunakan kad tersebut pada masa akan datang. Kebiasannya terma dan syarat tersebut merangkumi;

  • Jenis-jenis caj yang dikenakan
  • Hak-hak dan tanggungjawab pemegang kad dan pengeluar kad kreditnya
  • Perihal penggunaan
  • Syarat-syarat pembayaran balik
  • Liabiliti bagi urus niaga tanpa kebenaran
  • Prosedur untuk membuat aduan, penyiasatan dan penyelesaiannya
  • Kerahsiaan maklumat

Apabila anda telah menyemak dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan, barulah anda tandatangan borang pengesahan penerimaan.

 

Caj Penggunaan Kad Kredit

Terdapat beberapa jenis caj yang dikenakan pada pengguna kad kredit, antaranya ialah;

Yuran Penyertaan

  • Perlu dibayar sekali sahaja ketika pendaftaran.

Yuran Tahunan

  • Perlu dibayar setahun sekali walaupun anda tidak menggunakan kad kredit anda.

Kadar Faedah

Caj ini dikenakan ke atas baki yang belum dibayar selepas tarikh tamat tempoh. Kadar faedah ini dikira pada kadar baki harian dan bermula dari 31 Mac 2009, kadar faedah baru yang dikenakan adalah seperti berikut;

  • Pemegang kad yang menjelaskan bayaran minimum selama 12 bulan berturut-turut.
    • Sehingga 13.5% setahun.
  • Pemegang kad yang menjelaskan bayaran minimum selama 10 bulan atau lebih sepanjang tempoh 12 bulan.
    • Sehingga 16% setahun.
  • Lain-lain.
    • Sehingga 17.5% setahun.

 

Caj Pengeluaran Tunai di Mesin ATM

kad kredit atm

Sekiranya anda menggunakan kad kredit anda untuk membuat pengeluaran wang di mesin atm, anda akan dicaj sebanyak 3% hingga 5% dari jumlah pengeluaran tunai dan caj kewangan bermula dari tarikh pengeluaran tersebut.

Saranan saya? Untuk pengeluaran wang tunai, gunakan khidmat rakan anda yang mempunyai terminal pembayaran dan buat pengeluaran menggunakan terminal tersebut.

 

Bayaran Minimum

Bayaran minimum untuk pembayaran balik hutang kredit kad adalah serendah 5% dari baki belum jelas kredit kad atau RM 50, yang mana lebih tinggi.

 

Caj Bayaran Lewat

Caj bayaran lewat dikenakan sekiranya anda gagal untuk menjelaskan sekurang-kurangnya jumlah bulanan minimum sebelum tarikh yang ditetapkan. Sekiranya anda bayar lewat dari tarikh yang ditetapkan, anda perlu membayar kadar faedah atas kredit anda dan juga caj bayaran lewat. Caj bayaran lewat boleh mencecah 1% dari baki belum jelas atau jumlah maksimum sebanyak RM75 manakala jumlah minimum sebanyak RM5. Rujuk pada bank untuk info lebih lanjut.

 

Tempoh Percuma Kadar Faedah (Free Interest Period)

Anda boleh menikmati pembayaran balik baki kad kredit tanpa dikenakan sebarang faedah. Untuk mendapatkan kelebihan ini, anda perlu menyelesaikan semua baki tertunggak dalam tempoh 20 hari selepas penyata penggunaan dikeluarkan dan pastikan anda tidak mempunyai baki belum jelas pada bulan sebelum.

Sekiranya anda mempunyai baki belum jelas pada bulan sebelum, anda tidak dapat menikmati kelebihan ini dan anda akan dikenakan kadar faedah seperti biasa. Untuk  menikmati semula faedah ini, anda perlu langsaikan semua baki belum jelas pada bulan sebelum.

Kemudian, pada bulan seterusnya, langsaikan semua baki belum jelas dalam masa 20 hari selepas penyata penggunaan dikeluarkan dan anda tidak akan dikenakan sebarang kadar faedah pada bulan ini.

 

Contoh Pengiraan Tempoh Pembayaran Hutang Kad Kredit

Encik Aidil mempunyai kad kredit dengan had sebanyak RM 5000. Kadar faedah yang dikenakan  adalah sebanyak 18 % setahun  atau 1.5% sebulan. Encik Aidil telah berbelanja sebanyak RM 5000 dan beliau ingin membayar hutang pada kadar minimum iaitu sebanyak 5% dari hutang atau sebanyak RM 250.

Dalam kes Encik Aidil;

Bulan 1 :
Hutang :RM 5000
Bayaran minimum : RM 250
Kadar Faedah : (RM 5000 – RM250) X 1.5% = RM 71.25
Baki hutang = RM 5000 – RM 250 + RM 71.25 = RM 4821.25

Bulan 2 :
Hutang : RM 4821.25
Bayaran minimum : RM 250
Kadar Faedah : (RM 4821.25 – RM250) X 1.5% = RM 68.56
Baki hutang = RM 4821.25 – RM 250 + RM 68.56 = RM 4639.81

Berdasarkan kiraan di atas, Encik Aidil akan mengambil masa lebih kurang 70 bulan iaitu 5 tahun 10 bulan untuk menjelaskan hutangnya. Encik Aidil juga akan membayar kadar feadah lebih kurang RM 1912.09 (rujuk gambar di bawah).

hutang kad kredit

Banyak kan? Belum lagi kira caj pembayaran lewat jika lambat bayar. Jadi berfikir panjanglah sebelum mengambil kad kredit.

The post Baca Artikel Ni Kalau Anda Nak Guna Kad Kredit! appeared first on Hartanah Viral.

Artikel asal Baca Artikel Ni Kalau Anda Nak Guna Kad Kredit! telah ditulis oleh Aidilfitri di Hartanah Viral.

Categories
Tips Hartanah Tips Kewangan

Teknik Terlarang Pelaburan Hartanah: Loan Compression

Dalam dunia pelaburan hartanah, tidak semuanya indah seperti apa yang diceritakan oleh sifu-sifu hartanah. Ada juga teknik terlarang pelaburan hartanah yang dilakukan oleh sekelompok kecil pelabur hartanah. Teknik ini diberi nama Loan Compression.

 

Teknik Terlarang Pelaburan Hartanah: Pengenalan Loan Compression

Teknik Terlarang Pelaburan Hartanah

Loan Compression adalah satu strategi di mana seseorang individu ingin membeli rumah lebih dari 2 buah dan ingin mendapatkan pembiayaan bank sebanyak 90% dari harga rumah bagi kesemua rumah yang dibeli.

Seperti sedia maklum,  seorang rakyat Malaysia hanya boleh dapat 90% pembiayaan rumah untuk rumah pertama dan kedua sahaja. Untuk rumah ketiga dan selebihnya, bank hanya menawarkan pembiayaan maksimum sebanyak 70% dari harga rumah.

 

Strategi Loan Compression

Strategi Teknik Terlarang Pelaburan Hartanah

Strategi ini bermula dengan pemilihan unit hartanah yang ingin dibeli. Sebagai contoh, Aidil seorang pelabur hartanah ingin membeli 5 unit rumah 3 bilik 2 bilik air dengan strategi loan compression.

Beliau akan memilih 5 unit hartanah 3 bilik 2 bilik air sama ada subsale atau projek baru dan hartanah tersebut adalah dari satu bangunan yang sama.

Kemudian, Aidil pergi membuat permohonan pinjaman pembiayaan hartanah di bank yang berbeza untuk kelima-lima hartanah tersebut dalam masa yang singkat pada tarikh tertentu.

Katakanlah Aidil berjaya mendapatkan pembiayaan bagi kelima-lima hartanah tersebut, dan telah menandatangani surat tawaran pinjaman pembiayaan hartanah, ada risiko besar yang menanti Aidil apabila bank membuat bayaran penuh pada pihak penjual hartanah. Perlu diingatkan teknik terlarang pelaburan hartanah ini adalah suatu teknik yang berisiko tinggi.

 

Risiko Loan Compression & Kenapa Teknik Ini Adalah Teknik Terlarang Dalam Pelaburan Hartanah

Risiko Teknik Terlarang Pelaburan Hartanah

Sebelum bank membuat bayaran penuh pada pihak penjual hartanah, kebiasaannya pihak bank akan membuat semakan CCRIS Encik Aidil dan sekiranya bank dapat tahu encik Aidil mempunyai 5 pinjaman pembiayaan hartanah lain dari 5 bank yang berbeza, pihak bank akan;

  1. Menamatkan pinjaman pembiayaan hartanah Encik Aidil dan meletakkan nama Aidil dalam kolum “Special Attention” dalam rekod CCRIS.
  2. Bank menamatkan pinjaman pembiayaan hartanah Encik Aidil
  3. Bank membuat siasatan terhadap kelima-lima pinjaman pembiayaan hartanah tersebut. Sekiranya bank dapat kesan yang Aidil membuat loan compression, bank akan mengurankan margin pinjaman pembiayaan hartanah pada 70% dan Aidil perlu keluarkan duit sendiri untuk baki 20%.

Aidil perlu pastikan beliau mempunyai simpanan kecemasan yang cukup sekiranya beliau nak teruskan juga dengan teknik terlarang pelaburan hartanah ini.

 

Bernasib Baik

Teknik Terlarang Pelaburan Hartanah

Katakanlah bank tidak membuat semakan CCRIS sebelum membuat bayaran penuh pada pihak penjual. Aidil pula berjaya mendapat pembiayaan untuk kelima-lima hartanah tersebut pada margin 90%. Ini bermaksud Aidil perlu membayar ansuran bulanan untuk kelima-lima hartanah tersebut.

Sebagai contoh, harga hartanah tersebut adalah RM 200,000 bagi setiap satu. Kadar faedah untuk setiap pembiayaan hartanah adalah sebanyak 4.5% setahun. Ini bermaksud Aidil perlu membayar RM 913 x 4: RM 3652 sebulan.

Sekiranya Aidil boleh bertahan dalam tempoh 2-3 bulan untuk mencari penyewa, beliau bernasib baik.

Sekiranya tidak, beliau akan menanggung kerugian. Lebih teruk lagi, beliau akan lewat membayar ansuran rumah. Ini akan menyebabkan bank menaikkan kadar faedah dan Aidil tergolong dalam golongan non-performing loan. Akhirnya, rumah dilelong dan beliau diisytihar bangkrap.

Secara kesimpulan, loan compression adalah suatu teknik terlarang dalam pelaburan hartanah yang berisiko tinggi. Sekiranya Aidil tersilap langkah, Aidil boleh diisytihar bangkrap dan untuk bangkit dari kebangkrapan adalah satu perkara yang sukar.

The post Teknik Terlarang Pelaburan Hartanah: Loan Compression appeared first on Hartanah Viral.

Artikel asal Teknik Terlarang Pelaburan Hartanah: Loan Compression telah ditulis oleh Aidilfitri di Hartanah Viral.

Categories
Tips Hartanah Tips Kewangan

Apakah itu Hibah Takaful & Manfaatnya Kepada Anda?

Sebelum berbicara tentang hibah takaful, saya akan terangkan kepada anda maksud Hibah dan maksud Takaful. Hibah dan takaful adalah dua perkara yang berbeza tetapi mereka boleh bekerjasama.

 

Apakah Maksud Hibah & Takaful?

hibah takaful

Takaful adalah sebuah konsep di mana pemegang-pemegang polisi takaful bersama-sama membuat sumbangan secara bulanan ke dalam sebuah tabung. Kemudian wang terkumpul tersebut dilaburkan ke dalam pasaran saham yang PATUH SYARIAH supaya dapat dikembangkan dan dapat memberi manfaat kepada pemegang polisi takaful pada masa akan datang.

Apabila pemegang polisi takaful ditimpa bencana seperti dimasukkan ke hospital akibat sakit kritikal, hilang upaya atau cacat kekal atau lain-lain perkara yang dipersetujui dengan syarikat takaful, syarikat takaful akan membayar sejumlah wang pampasan kepada pemegang polisi takaful itu sendiri bagi membayar bil hospital dan juga perbelanjaan lain-lain.

Selain itu, apabila berlaku kematian pemegang polisi takaful itu sendiri, wang pampasan akan dibayar kepada waris pemegang polisi takaful.

Hibah pula bermaksud pemberian harta secara terus yang dibuat oleh si pemberi hibah yang masih hidup kepada waris mereka sebagai tanda kasih sayang. Di Malaysia, konsep yang terpakai adalah hibah bersyarat (Al-Ruqba), di mana perjanjian hibah dilakukan ketika si pemberi hibah masih hidup. Perlaksanaan manfaat hibah(pemberian harta kepada waris) hanya dilakukan apabila si pemberi hibah meninggal dunia.

 

Jadi, Apakah Maksud Hibah Takaful?

Hibah takaful bermaksud apabila berlaku kematian pemegang polisi takaful, pengagihan duit pampasan dari syarikat takaful kepada waris pemegang polisi takaful akan dilakukan secara hibah iaitu secara terus. Hibah mempunyai banyak kelebihan berbanding proses lain seperti wasiat.

 

Kelebihan

  • Wang pampasan takaful akan diterima waris dalam masa 7-30 hari (lebih cepat berbanding proses perolehan harta pusaka yang mengambil antara 3-20 bulan).
  • Agihan wang takaful dilakukan tidak mengikut faraid, sebaliknya secara terus berdasarkan akad hibah.
  • Wang yang diterima oleh waris boleh digunakan sebagai duit untuk perbelanjaan harian supaya mereka dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.

Walaupun kelebihan hibah takaful ini banyak memberi manfaat kepada pemegang polisi itu sendiri, hibah takaful juga mempunyai kekurangan tersendiri.

 

Kekurangan

  • Wang pampasan yang diterima oleh waris habis dalam sekelip mata
  • Waris tidak membayar hutang pemegang polisi takaful apabila menerima wang pampasan tersebut.
  • Jika penerima hibah berumur di bawah 18 tahun, duit pampasan tidak boleh dikeluarkan atau duit tersebut akan diberikan kepada penjaga harta.
  • Bagi kes cacat kekal pula, wang pampasan akan dibayar terus kepada pemegang polisi takaful. Sekiranya kecacatan itu menyebabkan beliau tidak dapat mengurus wang pampasan tersebut, bagaimana beliau nak guna duit tersebut untuk keperluan harian?

Bagi mengatasi kekurangan di atas, majoriti syarikat takaful telah memperkenalkan pelan pengurusan wang pampasan takaful iaitu Takaful Trust.

 

Apakah itu Takaful Trust?

hibah takaful

Takaful trust adalah pelan pengurusan wang pampasan takaful di mana;

  • Anda mengambil polisi hibah takaful seperti biasa, tetapi penamanya adalah syarikat pemegang amanah atau trustee.
  • Anda boleh berikan arahan siap-siap kepada syarikat trustee bagaimana wang pampasan takaful anda akan diagihkan kelak apabila anda meninggal dunia.
  • Sama juga untuk kes cacat kekal, anda boleh beri arahan kepada syarikat trustee tentang pengurusan pengagihan wang pampasan takaful anda.
  • Syarikat trustee ini umpama pembantu peribadi anda, apa yang anda arahkan dengan wang hibah takaful anda, mereka akan buat.

Takaful trust hanya layak kepada pemegang polisi yang mempunyai polisi takaful berjumlah RM 500,000 dan ke atas. Kos untuk melanggan takaful trust adalah sekitar RM 1500 – RM 3000 bergantung kepada jumlah polisi anda. Selain itu, terdapat juga caj pengurusan yang dikenakan sekitar 0.5% ke 1% setahun setelah wang pampasan takaful diterima oleh syarikat trustee.

 

Kelebihan Takaful Trust

  • Kepentingan anda tidak akan hilang. Jika syarikat trustee anda tutup, kepentingan anda akan diserap ke syarikat trustee baru.
  • Duit takaful tidak akan habis sekelip mata. Trustee akan mengurus dan mengawal pemberian wang kepada waris pemegang polisi takaful.
  • Bagi kes cacat kekal, tidak akan berlaku salah guna wang takaful oleh waris pemegang takaful.
  • Pemegang polisi takaful boleh pastikan hutang-hutang sedia ada(hutang rumah, kereta dan lain-lain) diselesaikan dahulu sebelum wang tersebut diagihkan kepada waris.
  • Sekiranya anda mengagihkan wang takaful anda di jalan agama(sumbangan ke tahfiz, masjid dan lain-lain), perkara ini akan berterusan sehingga tempoh maksimum iaitu 80 tahun!

The post Apakah itu Hibah Takaful & Manfaatnya Kepada Anda? appeared first on Hartanah Viral.

Artikel asal Apakah itu Hibah Takaful & Manfaatnya Kepada Anda? telah ditulis oleh Aidilfitri di Hartanah Viral.

Categories
Tips Hartanah Tips Kewangan

Tips Urus Gaji Tunai Untuk Lulus Pembiayaan Rumah

Pengenalan

Isu gaji tunai adalah satu isu yang sering juga berlaku di kalangan kita.  Gaji tunai adalah sesuatu yang sukar untuk dibuktikan nilai sebenarnya hanya berdasarkan slip pembayaran gaji.  Lebih menyukarkan apabila ada sesetengah yang berpendapatan tunai tidak mempunyai potongan KWSP.

Potongan KWSP adalah sesuatu elemen yang membantu pihak pemberi pinjaman untuk menganggarkan gaji bulanan anda. Disitu kiraan boleh dibuat untuk mengandaikan berapakah gaji bulanan anda berdasarkan potongan tetap KWSP anda. Namun jika tiada potongan KWSP, pemberi pinjaman akan sukar untuk menafsir pendapatan anda. Ada juga peminjam yang bertanyakan kepada saya:

“Tuan, habis tu macam mana? takkan selama lamanya saya tak boleh nak memohon apa apa pinjaman tuan? saya memang ada gaji, cuma tak masuk bank je..”

gaji tunai

 

Strategi Menguruskan Gaji Tunai!

Saya sering menasihatkan para pelanggan di dalam golongan ini dengan cara yang mudah namun harus mempunyai displin yang bagus.  Ingat! Ianya memerlukan displin yang bagus. Jika anda mempunyai gaji tunai, bukalah satu akaun simpanan di mana mana bank tempatan anda berada. Anda boleh membuka akaun simpanan anda di Maybank, CIMB, RHB, Bank Islam, Bank Rakyat, BSN dan bermacam bank lagi. Pilih bank yang memberi keselesaan untuk anda berurusan dari segi pengeluaran dan juga kemasukan wang.  Yuran pembukaan akaun adalah bergantung kepada polisi bank yang anda kunjungi.

gaji tunai

Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

  • Pilih dan buka akaun simpanan di bank pilihan anda. (Ingat! Faktor pengeluaran dan kemasukan wang adalah mudah dan selesa bagi anda).
  • Jika anda menerima gaji tunai pada setiap hujung bulan sebagai contoh pada 30hb atau 31hb, depositkan wang gaji anda pada hari yang sama anda menerimanya. Ini untuk membuktikan pembayaran slip yang anda terima dan nilai kemasukan itu adalah sama.
  • Bagi yang mempunyai dua kali pembayaran gaji pada setiap bulan, kebiasaannya disebut ‘ADVANCE’, anda depositkan juga nilai yang anda terima dua kali pada setiap bulan.
  • Anda cuba untuk mendisplinkan hal ini sekurangnya selama ENAM BULAN berturut turut.
  • Cetak penyata simpanan anda. Sesetengah bank memberikan penyata simpanan dan urusniaga pada setiap bulan kepada anda. Simpan dan failkan dengan kemas.
  • Jika anda mempunyai pendapatan lain seperti pendapatan sampingan kecil, masukkan juga ke dalam bank. Ini bagi membuktikan yang anda mempunyai aliran wang tunai keluar dan masuk setiap bulan.
  • Elakkan menyimpan gaji tunai di rumah, simpankan ia di bank-bank yang anda pilih.  Selain daripada menjamin keselamatan, ianya juga untuk membuktikan bahawa anda mempunyai pendapatan pada nilai nilai yang tertentu.

 

Kesimpulan

Tidak kiralah berapa wang gaji tunai yang anda terima, displinkanlah diri untuk membuat simpanan terlebih dahulu. Rekod ini penting untuk membantu anda dalam memohon pembiayaan perumahan. Antara lainnya anda juga boleh melakukan permohonan joint account ketika proses permohonan pembiayaan dengan pasangan anda yang mungkin mempunyai gaji tetap melalui bank.

The post Tips Urus Gaji Tunai Untuk Lulus Pembiayaan Rumah appeared first on Hartanah Viral.

Artikel asal Tips Urus Gaji Tunai Untuk Lulus Pembiayaan Rumah telah ditulis oleh Aidilfitri di Hartanah Viral.

Categories
Tips Hartanah Tips Kewangan

Kenapa Gaji Overtime Tidak Dikira Penuh Dalam Pembiayaan Rumah?

Mempunyai pendapatan lebih masa merupakan satu kelebihan pada para pekerja yang hanya mempunyai pendapatan tetap dan elaun tetap. Adakalanya pendapatan lebih masa atau overtime ini mempunyai nilai yang lebih besar dari bayaran elaun tetap yang diterima oleh seseorang.  Overtime berdasarkan jumlah kerja lebih masa seseorang pekerja pada bulan tersebut.  Bayaran pula bergantung kepada gaji asas seseorang dan berapa jam pula overtime yang dilakukan.

Secara kasarnya, overtime ini kelihatan seperti tetap pada setiap bulan, namun sesetengah pemberi pinjaman tidak melihat overtime ini sebagai satu pendapatan yang tetap dan adakalanya jumlah overtime bulanan itu akan dikira secara purata untuk mendapatkan satu nilai purata pendapatan. Pendapatan ini akan dimasukkan kedalam kiraan asas gaji peminjam bersama elaun tetap yang lain. Ada sesetengah peminjam bertanyakan:

“kenapa tak kira penuh? kan tu dapat tiap tiap bulan. Memang overtime wajib pun ni tuan”

gaji overtime
gaji overtime

 

Kenapa Gaji Overtime Tidak Dikira Penuh?

Mengapa? Ini pendapat saya secara rasional. Pemberi pinjaman melihat overtime sebagai satu pendapatan yang sering berubah pada setiap bulan. Jika dilihat dari sudut nilai adakalanya ia tidak menentu. Ada masa ianya tinggi dan adakalanya bayaran itu rendah. Ianya berbalik semula kepada faktor jam pekerja itu melakukan kerja lebih masa.

Di sini merupakan satu risiko bagi pihak pemberi pinjaman untuk mengandaikan ianya akan sentiasa kekal pada bila bila masa. overtime boleh berubah dengan pelbagai faktor di dalam syarikat seperti penambahan kakitangan ataupun pengurangan pengeluaran. Jika pengurangan pembayaran lebih masa ini berlaku, pihak pemberi pinjaman akan mengandaikan pendapatan yang dimiliki oleh peminjam akan berlaku penyusutan. Bila adanya penyusutan ini, peminjam boleh berhadapan risiko kekurangan tunai untuk melunaskan pembayaran ansuran bulanan mereka tidak termasuk perbelanjaan harian seisi keluarga.

Jika perkara ini berlaku, peminjam yang akan mengalami masalah seperti kelewatan pembayaran dan tunggakan. Secara logiknya jika berlaku sudah pasti akan adanya faedah diatas kelewatan pembayaran. Walaupun ini secara kasarnya seperti satu keuntungan kepada pemberi pinjaman namun seboleh bolehnya risiko ini cuba dielakkan dari awal lagi demi menjaga keselesaan si peminjam.

Ingat, pembiayaan perumahan anda bukanlah satu pembiayaan yang semudah seperti pembiayaan kereta ataupun kad kredit. Ianya akan melibatkan jumlah faedah yang tinggi tanpa anda sedari lebih lebih lagi jika anda mengambil pinjaman berasaskan sistem konvensional.  Jadi di sini secara tidak langsung pihak pemberi pinjaman cuba untuk melindungi peminjam dari awal lagi tentang kredibiliti dan keupayaan peminjam untuk melunaskan bayaran ansuran bulanan.

Diharap selepas ini anda yang mempunyai pendapatan overtime didalam penyata gaji bulanan anda akan lebih faham tentang mengapa elaun lebih masa itu tidak dikira sepenuhnya. Kebiasaannya para pegawai pembiayaan akan menerangkan tentang hal ini terlebih dahulu ketika anda membuat permohonan. Jika tidak, anda boleh sahaja bertanyakan kepada mereka untuk mendapatkan kepastian.

The post Kenapa Gaji Overtime Tidak Dikira Penuh Dalam Pembiayaan Rumah? appeared first on Hartanah Viral.

Artikel asal Kenapa Gaji Overtime Tidak Dikira Penuh Dalam Pembiayaan Rumah? telah ditulis oleh Aidilfitri di Hartanah Viral.

Categories
Tips Hartanah Tips Kewangan

Panduan Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP

Apakah itu I-Lestari KWSP?

I-Lestari KWSP adalah suatu skim pengeluaran wang KWSP di mana pencarum di bawah umur 55 tahun boleh mengeluarkan wang KWSP Akaun 2 minimum RM 50 sebulan dan maksimum RM 500 sebulan untuk tempoh 12 bulan. Skim ini diperkenalkan bagi membantu pencarum KWSP menghadapi wabak pandemik COVD-19 yang telah mengganggu punca pendapatan bagi seluruh rakyat Malaysia.

 

Bila Boleh Buat Permohonan?

Permohonan boleh dibuat mulai 1 April 2020 sehingga 31 Mac 2021. Setelah lulus permohonan, anda akan menerima wang I-Lestari KWSP untuk tempoh 12 bulan.

 

Panduan Permohonan I-Lestari KWSP

Pertama, pergi ke web KWSP (https://www.kwsp.gov.my/ms/home) dan log masuk ke KWSP I-Akaun anda. Sekiranya belum buat akaun KWSP, rujuk artikel di sini: https://hartanahviral.com/panduan-semak-penyata-kwsp-secara-online-2020/

i-lestari kwsp

Setelah log masuk, klik pada pilihan ‘Withdrawal’ yang terletak di bahagian kanan atas.

i-lestari kwspKlik pada ‘New Application’.

i-lestari kwsp

Klik pada ‘Withdrawal Type’.

Pilih i-Lestari.

Apabila keluar ‘pop-up’, tekan X untuk tutup. Kemudian klik next.

Masukkan amaun pengeluaran (minimum RM 50 & maksimum RM 500). Kemudian, pilih syarikat bank anda dan masukkan nombor akaun anda. Kemudian klik next.

Pada bahagian ini, kemaskini maklumat peribadi anda sekiranya ada perubahan.

Di bahagian bawah sekali, klik di kotak pada ayat bertulis ‘I hereby confirm that I have read, understood and agreed with the stated Declaration Terms and Conditions. Kemudian klik request TAC’.

Tunggu sms nombor TAC yang dihantar oleh KWSP kepada nombor telefon anda. Setelah dapat sms TAC, masukkan nombor tersebut di dalam kotak TAC. Kemudian tekan ‘submit’.

Tahniah! Permohonan anda telah lengkap! Anda boleh tekan butang ‘print’ untuk dapatkan lampiran permohonan i-Lestari KWSP. Semoga bermanfaat.

The post Panduan Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP appeared first on Hartanah Viral.

Artikel asal Panduan Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP telah ditulis oleh Aidilfitri di Hartanah Viral.

Categories
Tips Hartanah Tips Kewangan

Nak Bayar Hutang Cepat? Gunakan Teknik Snowball!

Apakah itu Teknik Snowball? Berkesankah Bayar Hutang Dengan Teknik Snowball?

Teknik snowball adalah satu kaedah untuk selesaikan hutang bermula dari jumlah hutang paling sedikit sehingga jumlah hutang paling besar. Strategi ini berkesan kepada anda sekiranya anda mempunyai disiplin yang tinggi dan ingin bayar kesemua hutang dalam masa singkat.

Untuk membayar hutang anda dengan teknik snowball, berikut adalah langkah yang perlu diambil;

  1. Senaraikan jumlah hutang dan susun hutang dari jumlah paling kecil sehingga jumlah paling besar.
  2. Tentukan berapa jumlah maksimum yang anda sanggup keluarkan dari gaji anda untuk membayar kesemua hutang-hutang anda.
  3. Buat kiraan berapa jumlah duit yang boleh anda tambah bersama-sama dengan ansuran bulanan untuk hutang dengan nilai paling kecil.
  4. Apabila anda sudah bayar kesemua hutang paling kecil, tambahkan jumlah bayaran hutang paling kecil tadi bersama-sama dengan bayaran minimum untuk hutang kedua.
  5. Bayar hutang kedua sehingga habis.
  6. Ulangi langkah ini sehingga anda berjaya selesaikan semua hutang.

 

Panduan & Contoh Penyelesaian Hutang Menggunakan Teknik Snowball:

Sebagai contoh, Aidil mempunyai 3 jenis hutang jahat yang ingin diselesaikan dalam masa cepat. Berikut adalah hutang-hutang encik Aidil (disusun dari jumlah kecil sehingga jumlah paling besar);

Kad kredit Visa – baki RM 1000 – minimum RM 50 sebulan

Pinjaman peribadi – baki RM 10,000 – minimum RM300 sebulan

Hutang kereta – RM 15,000 – minimum RM 600 sebulan

Aidil ada duit lebih sebanyak RM 500 sebulan untuk membayar balik hutang sedia ada.

 

Langkah 1: Bayar & Selesaikan Hutang Kad Kredit

Bayar Hutang Seperti Biasa. Namun Untuk Hutang dengan Ansuran Paling Kecil (Kad Kredit), Buat Lebihan Bayaran Menggunakan Wang Lebihan Yang Ada (RM 500).

Jumlah Bayaran Ansuran Kad Kredit Pada Waktu Ini Adalah Sebanyak RM 550 sebulan. 

Kad kredit – baki RM 1000 – minimum RM 50 sebulan + RM 500 Duit tambahan

Pinjaman peribadi – baki RM 10,000 – minimum RM300 sebulan

Hutang kereta – RM 15,000 – minimum RM 600 sebulan

 

Dalam Masa 3 Bulan, Hutang Kad Kredit Telah Selesai Dibayar. Baki Hutang Yang Baru Adalah;

Pinjaman peribadi – baki RM 9,400 – minimum RM300 sebulan

Hutang kereta – RM 13,800 – minimum RM 600 sebulan

 

Langkah 2: Bayar & Selesaikan Hutang Pinjaman Peribadi

Bayar Hutang Seperti Biasa. Namun Untuk Hutang dengan Ansuran Paling Kecil (Pinjaman Peribadi), Aidil Gunakan Jumlah Duit Yang Digunakan Untuk Membayar Hutang Kad Kredit (RM 550) Dicampur Dengan Bayaran Minimum Pinjaman Peribadi (RM 300) Untuk Membayar Baki Hutang Pinjaman Peribadi.

Jumlah Bayaran Ansuran Pinjaman Peribadi Pada Waktu Ini Adalah Sebanyak RM 850 sebulan.

Pinjaman peribadi – baki RM 9,400 – minimum RM300 sebulan + RM 550 duit tambahan.

Hutang kereta – RM 13,800 – minimum RM 600 sebulan

 

Langkah Terakhir: Selesaikan Hutang Kereta

Dalam Masa 11 Bulan, Hutang Pinjaman Peribadi Akan Selesai Dan Tinggal Hutang Kereta Berbaki RM 7200.

Pada Masa Ini, Aidil Akan Menggunakan Jumlah Duit Yang Digunakan Untuk Bayar Hutang Pinjaman Peribadi Sebanyak RM 850 sebulan Dicampur Dengan Bayaran Minimum Kereta Sebanyak RM 600 Sebulan Untuk Membayar Ansuran Hutang Kereta.

Jumlah Bayaran Ansuran Pinjaman Peribadi Pada Waktu Ini Adalah Sebanyak RM 1450 sebulan.

Hutang kereta – RM 7,200 – minimum RM 600 sebulan + RM 850

Hutang selesai selepas 5 bulan.

 

Secara Kesimpulannya, Aidil Telah Menyelesaikan Semua Hutang Dalam Masa 18 Bulan Dan Beliau Boleh Menyusun Semula Strategi Kewangan Beliau. Menarik Bukan Teknik Snowball?

The post Nak Bayar Hutang Cepat? Gunakan Teknik Snowball! appeared first on Hartanah Viral.

Artikel asal Nak Bayar Hutang Cepat? Gunakan Teknik Snowball! telah ditulis oleh Aidilfitri di Hartanah Viral.